Ketahui Tanda Awal Kanser Ovari Dan Cara Merawatnya

Kanser ovari merupakan penyakit yang membunuh dalam diam. Sama seperti kanser yang lain, ia tidak menunjukkan sebarang tanda dalam tempoh yang lama.  Lebih menyedihkan jika hanya dapat didiagnosis ketika ia telah merebak dan menjadi parah. Terdapat beberapa tanda awal yang boleh membantu anda untuk mencegah atau merawatnya lebih awal.



Apakah Kanser Ovari ?




Kanser ovari berlaku apabila ada pertumbuhan sel-sel yang tidak normal pada satu atau kedua ovari. Ovari merupakan organ pembiakan wanita yang menghasilkan ovum/telur, estrogen dan progesteron. Kanser ini boleh berlaku di dalam tisu sel-sel kuman (menghasilkan ovum), sel-sel stromal ( menghasilkan estrogen dan progesteron) atau sel-sel epitelium (sel yang membungkus ovari).


Kanser ovari epitelium merupakan kanser ovari yang biasa menyerang dikalangan mereka yang telah putus haid. Wanita yang berisiko tinggi adalah mereka yang didatangi haid lebih awal sebelum 12 tahun, mereka yang menopause ketika umur 50 tahun atau lebih awal, mereka yang tidak pernah hamil dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser.     

Kebanyakkan kanser bermula dari cyst. Oleh itu jika terdapat cyst, lakukan pemeriksaan lebih awal untuk mencegah dan menentukan sifat samada ia kanser atau bukan (benign atau malignan). Rawatan untuk kanser ovari ini adalah lebih berjaya jika ia dapat dikesan lebih awal. Tetapi kebanyakannya, hanya dapat didiagnosis ketika kanser telah merebak. 




Apakah Punca Kanser Ovari ?


Pakar tidak tahu apa yang menyebabkan kanser ovari boleh berlaku. Tetapi kajian mendapati bahawa perubahan DNA adalah punca utama yang menyebabkan terjadinya kanser ovari.


Apakah Tanda Awal Kanser Ovari ?


1. Kembung atau bengkak perut


Terasa kembung atau merasakan perut penuh dengan gas. 




2. Sakit Dibahagian Perut Atau Pelvis


Sakit di bahagian perut atau pelvik adalah biasa dikalangan wanita terutamanya apabila didatangi haid. Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya ia berlanjutan dan berlaku dalam tempoh yang lebih lama dan kerap. Kanser ovari tak akan menyebabkan kesakitan, melainkan ia telah ke peringkat yang seterusnya iaitu telah berkembang.





3. Pendarahan Abnormal Pada Faraj 


Pendarahan mungkin boleh berlaku disebabkan masalah lain seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvik serta jangkitan pada organ pelvis. Kanser ovari boleh merebak kepada tisu-tisu yang berdekatan dan menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh berlaku ketika haid, selepas hubungan intim, selepas menopause dan selepas melakukan pemeriksaan serviks.




4. Ketidakselesaan Ketika Membuang Air Kecil


Ketidakselesaan yang dimaksudkan ialah merasa pedih, sakit, rasa terbakar dan ketat ketika buang air kecil. Tanda ini menunjukkan bahawa kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan.






5. Hilang Selera Makan atau Berat Badan Turun Mendadak


Berat badan turun mendadak disebabkan badan menghasilkan protein kecil yang dinamakan cytokines yang memecahkan lemak pada kadar yang tinggi.




6. Keletihan


Pada pesakit kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih, ia menyebabkan anemia yang membawa kepada keletihan, kekurangan tenaga dan kurang selera makan.







Tanda-tanda ini mungkin berlaku juga di kalangan wanita yang tidak mempunyai kanser ovari. Tetapi jika tanda-tanda ini adalah baru untuk anda, dan ia berlaku hampir setiap hari selama 2 hingga 3 minggu, anda perlu berjumpa doktor.






Bagaimanakah Kanser Ovari Didiagnosis?


Ada ketikanya doktor mungkin dapat mengesan ketulan di dalam atau di ovari semasa melakukan pemeriksaan pelvik. Pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui vagina boleh dilakukan untuk melihat apakah bonjolan itu agar mendapat keputusan yang tepat. 

Jika doktor anda merasakan anda mungkin mempunyai kanser ovari, doktor akan mengesyorkan anda untuk menjalani ujian darah yang dikenali sebagai CA-125 yang boleh digunakan untuk mengesan paras CA-125 (sejenis protien yang akan meningkat di sel-sel ovari sekiranya mengalami kanser ovari)  Tetapi paras CA-125 dalam darah boleh meningkat disebabkan oleh banyak perkara seperti haid, fibroid, endometriosis, dan masalah rahim yang lain.

Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti bahawa seorang wanita yang menghidap kanser ovari adalah dengan biopsi, iaitu tisu atau sample sel diambil semasa pembedahan. Sampel tisu itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji sekiranya ia mengandungi kanser.



Rawatan Kanser Ovari


Rawatan kanser ovari umumnya melibatkan pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada ovari. Organ lain yang telah dijangkiti seperti usus, tiub fallopio dan rahim juga akan dibedah jika perlu. Kemudian disusuli dengan rawatan kemoterapi. Sebaik sahaja kanser ovari didiagnosis, pesakit akan disarankan untuk menjalani pembedahan secepat mungkin.  

Jika anda adalah menghidap kanser, emosi anda mungkin kurang stabil dan anda memerlukan sokongan dan bantuan untuk menghadapi penyakit ini. Berkomunikasilah dengan mereka yang telah melalui masalah yang sama, juga sertai kumpulan sokongan kanser yang ditubuhkan oleh hospital atau masyarakat setempat untuk membantu anda menghadapi penyakit ini.



Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh Membantu Merawat Kanser Ovari Secara Semulajadi



Kebanyakkan kanser sebenarnya boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat dan lakukan senaman. Selain itu supplemen dapat membantu memperbaiki ruang- ruang yang kosong dalam diet harian kita. Terdapat beberapa supplemen dari shaklee yang dapat membantu merawat kanser ovari secara semulajadi. 

Vivix




Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti berkesan dan telah melalui kajian-kajian saintifik di mana ia boleh membantu membetulkan sel-sel yang telah rosak (sel kanser). Apabila sel-sel rosak tadi telah dibetulkan, sel-sel tersebut akan memusnahkan diri sendiri dengan sendirinya (Apoptosi) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.
Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada 4 ekstrak botani iaitu :


  • Anggur muscadine
  • Lobak ungu
  • Elderberry Eropah 
  • Polygonum Cuspidatum


Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada tahun October 2013, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix) bersama radioterapi, berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.


Vitamin A, C Dan E


Dengan pengambilan Vitamin C setiap hari ia akan memberikan kesan positif terhadap proses melawan kanser. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah putih dan tubuh yang mempunyai lebih kandungan vitamin C akan mempunyai peluang membentuk semula sel tanpa mutasi.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan dan boleh dikatakan sebagai senjata untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita.



Ia mampu membantu memelihara sel-sel darah merah, membran sel dan lain-lain. Apa yang paling penting ialah vitamin E membantu mencegah penuaan tisu. Jadi, bila tisu badan lambat tua, maka ada peluang untuk kita menikmati kesihatan lebih lama.

Selain itu Vitamin E juga membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Bagi golongan yang lebih berumur, Vitamin E juga disarankan kerana ia mampu menghalang pembekuan darah daripada berlaku terutama pada bahagian  kaki.

Carotomax (Vitamin A) dari Shaklee mampu menyembuhkan tisu yang rosak. Pengkaji telah banyak menemukan penyembuhan yang menakjubkan dengan pengambilan carotomax setiap hari oleh penghidap ulser, tisu rosak di dalam perut dan wanita dengan masalah awal kanser pangkal rahim.


Testimoni  

 

















Anda pula bagaimana ?

Hubungi lah saya segera, kerana saya benar-benar ingin membantu anda diluar sana. 

Jadi tunggu apa lagi ? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.














Comments

  1. info yang berguna..boleh jadi panduan ni..tq for sharing..

    Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info ini. :D

    Solusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan