Punca Dan Risiko Anemia Ketika Hamil

Anemia ketika hamil tidak boleh dipandang remeh. Apabila mengalami anemia, badan tidak mempunyai cukup sel darah merah untuk membawa oksigen ke tisu dan seterusnya disalurkan kepada bayi di dalam kandungan. Anemia ketika hamil perlu dirawat segera, sekiranya teruk dan tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang lebih serius seperti kelahiran pramatang. 


Semasa kehamilan, badan perlu menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Namun akibat kekurangan zat atau nutrien lain, membuatkan tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi seperti yang diperlukan. 

Jenis Dan Punca Anemia Ketika Hamil

Beberapa jenis anemia boleh berlaku ketika hamil, ia adalah;


1. Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi bagi menghasilkan hemoglobin yang diperlukan. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi, akan menyebabkan darah tidak boleh membawa oksigen yang diperlukan ke tisu di seluruh badan. Kekurangan zat besi merupakan penyebab utama anemia semasa kehamilan.

2. Anemia Kerana Kekurangan Folat

Folat atau dikenali sebagai asid folik adalah sejenis vitamin B yang boleh didapati secara semulajadi dalam makanan tertentu seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin B diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah yang sihat. Ketika hamil, wanita memerlukan folat tambahan. namun adakalanya mereka tidak mendapat cukup folat dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen ke tisu di seluruh badan. Kekurangan folat secara langsung boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan bayi lahir dengan kekurangan berat badan.

3. Kekurangan Vitamin B12 

Tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dari dietnya, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat masalah kekurangan vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 ini boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.




Simptom-Simptom Anemia

  • Pening
  • Kulit, bibir dan kuku kelihatan pucat
  • Letih dan lemah
  • Sesak nafas
  • Dengupan jantung yang laju
  • Kurang tumpuan dan daya ingatan


Risiko Anemia dalam Kehamilan

Anemia kerana kekurangan zat besi yang teruk serta tidak dirawat ketika hamil boleh meningkatkan risiko yang lebih serius antaranya:
  • Kelahiran pramatang 
  • Bayi lahir dengan berat yang kurang
  • Perlu pemindahan darah (risiko tumpah darah selepas bersalin)
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Bayi dengan anemia
  • Bayi mengalami masalah perkembangan
  • Bayi dengan kecacatan yang serius pada tulang belakang dan otak (kecacatan tiub neural-spina bifida)


Cegah Anemia 

Anemia ketika hamil boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan yang banyak mengandungi zat besi adalah;
  • Daging merah
  • Brokoli
  • Pisang
  • Bayam 
  • Kerang
  • Telur
  • Oat
  • Buah delima
  • Madu
  • Kurma


Supleman Shaklee Boleh Membantu Merawat Anemia

Anemia boleh menyebabkan ibu hamil mengandung dengan bermacam-macam komplikasi. Tengok apa kakak garang ni buat untuk merawat anemia adiknya setiap kali mengandung.



Set Anemia Shaklee





Vita-Lea adalah multivitamin dan pengambilannya sudah cukup membuatkan si ibu tidak perlu lagi mengambil obimin. Kaya dengan zat besi jadi dapat membantu ibu dalam pembentukan hemoglobin serta membantu menyelesaikan masalah anemia.


B-complex yang lengkap dengan kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B6, Biotin, Asid Pantotenik, Asid Folik dan B12). Asid folik sangat penting kerana fungsi utamanya adalah untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna bagi mengelakkan kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan B Complex juga dapat menyokong sistem imun dan membantu mengurangkan masalah loya (morning sickness) kepada si ibu.


Vitamin C penting bagi ibu dan bayi untuk membina kolagen bagi membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam tubuh badan. Ia juga bertindak sebagai antioksida yang membantu badan ibu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, vitamin C juga penting dalam membantu penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Untuk kesan yang terbaik, anda juga disarankan untuk mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. InshaAllah, mudah-mudahan masalah anemia anda dapat dirawat sepenuhnya.





Jom baca testimoni dari pengguna yang berpuas hati dengan Set Anemia Shaklee














Anda pula bagaimana ?

Hubungi lah saya segera, kerana saya benar-benar ingin membantu anda. 



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....




Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan