Tips Atasi Letih dan Lesu Dengan Berkesan


Pelbagai faktor boleh menyebabkan anda sering merasa letih, lesu, malas dan mengantuk semasa menjalani rutin harian. Jika sekali sekali mungkin anda ada melakukan tugas yang lebih dari biasa. Namun bila ia berlaku setiap hari, masalah ini boleh menganggu konsentrasi dan kelancaran hidup. Lebih merisaukan, ia menyusahkan orang lain pula. Jom baca tips untuk mengatasi masalah letih dan lesu anda dengan berkesan.



Sebelum saya kongsikan tips untuk atasi masalah letih dan lesu ini, kita tengok dulu apa faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi;

Faktor Yang Menyebabkan Letih Dan Lesu


1. Tidur Yang Tidak Mencukupi

Ramai diantara kita yang tidak mementingkan masa tidur. Masa tidur yang disarankan ialah 7-8 jam setiap malam bagi orang dewasa. Tidur yang kurang juga boleh menyebabkan komplikasi jantung. Bahaya tu. Jadi dapatkan masa tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga setelah seharian bekerja.


2. Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Jadikan sarapan pagi sebagai satu perkara wajib. Ia penting bagi membekalkan tenaga pada waktu pagi dan membuatkan diri kita fokus pada kerja. Ini akan memberi kesan yang positif untuk menempuh hari yang panjang.


3. Diet Yang Tidak Seimbang

Makan terlalu sedikit atau diet tidak seimbang juga menjadi punca keletihan. Diet yang seimbang dapat membantu untuk mengekalkan tenaga dan paras glukosa dalam badan.


4. Diabetes

Selalunya penghidap kencing manis akan lebih cepat merasa letih, ini disebabkan kandungan gula didalam tubuh badan yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan kita. Jika anda cukup rehat dan mengambil pemakanan yang cukup tetapi masih merasa letih, disarankan berjumpa doktor untuk pemeriksaan diabetes.


5. Dehidrasi

Rasa mengantuk juga mungkin disebabkan kekurangan air. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. Bagi mendapatkan jumlah air yang diperlukan untuk badan kita setiap hari. Bagaimana nak kira jumlah air yg diperlukan oleh tubuh kita?

Setiap 25kg (berat badan) = 1 liter air.


6. Ketagih Kafein

Dah macam jadi satu kemestian sebelum bekerja kita akan mengambil secawan nescafe ataupun kopi bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kita menganggap kafein dapat membantu untuk mengembalikan kesegaran. Namun harus tahu, jika mengambil kafein secara berlebihan boleh menyebabkan dengupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan badan akan menjadi lemah. Kafein juga tidak bagus untuk wanita. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan kafein atau lebih baik berhenti mengambil.


7. Kemurungan / Tekanan Emosi

Kemurungan atau tekanan emosi juga menjadi punca kepada badan lemah serta keletihan. Ini kerana apabila kita berada dalam tekanan, kita akan sering sakit kepala, hilang selera makan dan hilang fokus.



5 Tips Mudah Untuk Elak Letih Dan Lesu


1. Rehat 10 minit

Berhenti sebentar dari membuat kerja, ambil 10 minit untuk 'refreshment'. Bangun dari kerusi dan berjalan-jalan sebentar untuk melonggarkan anggota-anggota badan setelah tekun duduk bekerja didepan komputer. Ambil masa mungkin ke tandas sebentar untuk mencuci muka supaya anda kembali segar.

2. Rehatkan Mata Dan Minda Dengan Melihat Pepohon Hijau

Setelah mata letih dan merasa mengantuk, alihkan pandangan dari skrin komputer kepada tumbuhan-tumbuhan hijau diluar pejabat ataupun pokok-pokok renek yang ada disekitar pejabat. Ia dapat membantu mengembalikan kesegaran pada mata dan minda anda.

3. Lakukan Senaman Ringan

Lakukan beberapa senaman ringan hanya di meja anda. Anda akan mula merasa cergas dan bertenaga. Sambil itu cuba tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan supaya oksigen boleh mula mengalir dengan lebih lancar di dalam badan dan terus ke otak. Ulang beberapa kali sehingga anda mula merasa cergas semula.

4. Ruang Kerja Terang Dan Teratur

Bekerja di dalam suasana yang terang dan cerah dapat mengurangkan mengantuk dan meningkatkan konsentrasi, lebih-lebih lagi dengan keadaan yang teratur, yang boleh menimbulkan mood untuk bekerja dengan lebih efisyen.

5. Amalkan Cinch Energy Tea Mix

Segelas Cinch Energy Tea Mix dapat mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk. Minuman ini dapat memberikan kita tenaga yang berterusan sepanjang bekerja. Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan kita dari mengambil minuman berkafein secara berlebihan.


Cinch Energy Tea Mix





Cinch Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah Rooibos dan Taurina.

Cinch Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.


Fungsi Utama Setiap Bahan Dalam Cinch Energy Tea Mix



Jom kita lihat video dibawah, perkongsian dari Puan Maria Awi yang menangani masalah mengantuknya sampai tak perlukan minuman kaffien lagi dalam hidupnya untuk kekal cergas dan fokus dalam tugasan harian.





Testimoni
















Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....




Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan