Tips Tambah Susu Untuk Si Manja Anda

Adakah anda di antara ibu-ibu yang sering mengalami masalah dalam penyusuan susu ibu..? Biasa sangat kita dengar masalah ini dan kebanyakkan adalah dikalangan 'first time mother'. Breastfeeding nampak mudah bila diperkatakan, namun mengapa masih ramai yang gagal untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun seperti yang digalakkan oleh agama ? Jom tambah pengetahuan dengan mengikuti tips tambah susu untuk si manja anda.


Sebagai seorang ibu semestinya kita mahu berikan yang terbaik buat anak. Apabila anda telah membuat keputusan untuk memberikan penyusuan susu ibu, anda sebenarnya telah membuat keputusan yang sangat tepat. Penyusuan susu ibu bukan sahaja penting untuk si manja anda, tetapi ia juga memberi manfaat kepada anda antaranya ialah;

  • Ia membantu rahim untuk kembali ke saiz pra-kehamilan dan mengurangkan pendarahan selepas proses bersalin.
  • Proses penurunan berat badan menjadi sangat mudah.
  • Ia boleh mengurangkan risiko kemurungan postpartum dan kanser payudara serta ovari.
  • Ia boleh melambatkan tempoh kehamilan seterusnya.
  • Ia menjimatkan wang.
  • Penyusuan susu ibu adalah proses untuk si manja mengenali ibunya dengan lebih dekat
Sangat digalakkan memulakan penyusuan seawal selepas kelahiran lagi, kerana pada ketika ini terhasilnya susu awal yang dipanggil kolostrum. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan.

Beberapa Tips Tambah Susu Badan

1. Susukan Bayi Sekerap Mungkin 

Tips ini sangat penting kerana semakin kerap menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10-12 kali atau lebih dalam masa 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang akan menghasilkan lebih banyak susu.

2. Pemakanan Yang Merangsang Penghasilan Susu

Susu ibu yang pekat adalah yang berkualiti dan mengenyangkan bayi walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Cuba titikberatkan pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu dalam pemakanan seharian. Makanan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu ini juga dikenali sebagai 'milkbooster'. Terdapat beberapa sumber makanan dan minuman yang boleh dijadikan milkbooster sebagai contoh soya, barli, kurma, longan kering, lobak putih, madu dan banyak lagi. 



3. Banyakkan Minum Air Masak 

Keperluan air sangat penting dalam membantu proses penghasilan susu ibu. Minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari. selain dari itu, kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.




4. Perah Susu Badan

Bagi ibu yang berkerjaya, sangat digalakkan untuk mengamalkan tips ini. Semasa ibu sudah mula bekerja dan menghantar bayi mereka untuk dijaga oleh pengasuh, susu badan yang diperah akan diberi kepada bayi semasa ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai stok. Latih diri anda memerah susu badan sejak di dalam pantang lagi. Buatlah stok seawal yang boleh. Semasa bekerja juga, ibu disarankan untuk memerah susu di tempat kerja. Ambillah sedikit masa untuk memerah susu sama ada menggunakan pam ataupun tangan. Buatlah satu jadual memerah yang ringkas untuk membantu anda dalam proses penyusuan ini. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu selepas diperah.



5. Posisi Penyusuan Yang Betul

Keselesaan kepada ibu dan bayi semasa penyusuan juga sangat penting. Posisi samada duduk atau berbaring boleh dilakukan mengikut keselesaan bersama. Teknik lekapan yang betul semasa penyusuan boleh membantu penghasilan susu yang banyak. Selain itu sekiranya bayi tidak melekap dengan betul, puting ibu akan merasa sakit semasa dan selepas penyusuan dan payudara akan bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.


Teknik Penyusuan Susu Ibu

Jom tonton video dari Kementerian Kesihatan untuk teknik penyusuan susu ibu dengan cara dan posisi yang betul.




Suplemen Shaklee Sebagai Milkbooster




Fungsi Setiap Vitamin dalam Set Menyusu Shaklee

ESP - Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.

Ostematrix - Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur. 

Vitalea - Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi. 

B Complex - Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan. 

Vitamin C - Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat. 

Alfalfa - Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu atau milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan.

Jom tonton pula video testimoni dari Puan Fara Wahida yang sangat berpuas hati dengan set menyusu Shaklee


Testimoni









Semoga dengan perkongsian ini dapat menyakinkan anda untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee. Anda tidak perlu risau kerana produk Shaklee dijamin selamat, berkesan dan semulajadi. 


Nak order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya segera.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.




Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan